Salam,
Rakan-rakan GPM Kluang.
Persatuan Pusat Sumber Sekolah telah berjaya di aktifkan kembali pada 31 Febuari 2013 setelah penubuhnya awalnya pada 26 Mei 2005 . Jutaan terima kasih dan penghargaan di berikan kepada Tn. Hj. Ishak bin Mahbob KPP BTPNJ di atas usaha murni beliau untuk menghidupkan kembali persatuan ini. Agar ianya terus berfungsi menjana pembangunan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah seluruh Johor bersama-sama usaha kental Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Sebagai GPM kita harus sedar dan bersyukur dengan kewujudan persatuan ini dapatlah kita meneruskan usaha yang bersungguh untuk membantu rakan-rakan GPM di sekolah seluruh Johor melalu pelbagai program yang terancang untuk mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah yang menepati piawaian KPM itu sendiri.
Usaha yang murni harus kita sokong dan sambut dengan tidak berbelah bagi dengan menjadi ahli persatuan yang diwakili oleh insitusi sekolah kita. Gembelangan tenaga dan kewangan yang besar akan membantu untuk mengerakan persatuan ini dengan lebih baik dan memberikan kesan yang besar dalam perkembangan pusat sumber kita. Apatah lagi dengan kepimpinan yang penuh cakna dan bervisi akan menambahkan lagi keyakinan kita untuk terus bersama mengorak langkah membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran kita dalam mengurus pusat sumber sekolah.
Marilah kita semua rakan GPM Kluang dan khususnya seluruh Johor menyahut cabaran dan memainkan peranan yang bersungguh dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk menjamin peningkatan martabat pusat sumber dan GPM itu sendiri.
Berpesatuan meningkatkan Kualiti.
Ismail Yon
Kluang, johor.