Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

NILAM 2013

Peningkatan Kemahiran ICT GPM 2013

Kursus GPM Baru 2012

Lawatan Penanda Aras 2012

Tatacara NILAM 2012

Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21

Menyemarak Semangat GPM

Menyemarak Semangat GPM

VLE

AJK MGPM 2012/2013

Pengerusi : Encik Ismail b Yon

( SMK Jalan Mengkibol )

Timbalan Pengerusi : Puan Murniyati bt Zainal

( SMK Canossian Convent )

Setiausaha : Puan Noorashikin bt Mustafa

( SK Kampong Melayu )

Penolong Setiausaha : Puan Siti Sarah bt Zulkifli

( SM Sains Sembrong )

Bendahari : Encik Md.Khairi b Ahmad

( SK Bukit Paloh )

Biro Latihan : Puan Hajjah Siti Amenah bt Imam

Biro NILAM : Puan Hajjah Padilah bt Sahran

Biro Khidmat Bantu : Puan Nakiah bt Khalil

Biro Kebajikan dan Sosial : Puan Norhasdira bt Ahmad

Ahli Jawatankuasa Kecil:

Biro Latihan :

1. Rosmaliza bt Daim - SK Seri Kampung Rengam

2. B.Renuga - SJKT Ladang Simpang Renggam

3. Kerk Thieng Hwa - SJKC Tuan Poon

4. Normawati bt Jamhari - SK Paloh 2

5. Kastuna bt Md Tompang - SK Kahang

6. Jamaliah bt Subiri - STM 1

7. - SK Bandar Paloh

Biro NILAM :

1. Hayati bt Omar - SK Lelaki Bandar

2. Uma Magesuari a/p Balakrisnan - SJKT Jalan Haji Manan

3. Chan Hui Yee - SJKC Lit Terk

4. Lee Seng Soon - SJKC Chong Hwa 2

5. Junaidah bt Ismail - SKARY

6. Suhaimi b Paiman - SMK Jalan Kota

Biro Khidmat Bantu:

1. Sarathaderi a/p Jayabalan - SJKT Jalan Stesyen Paloh

2. R.Sujendran - SJKT Ladang Tun Dr Ismail

3. Lam Chin Chin - SJKC Kahang

4. Sabariah bt Hassan - SK Canossian Convent

5. Mohd Zahid b Zulkifly - SM Sains Johor

6. Maznah - SSAJ

7. Sellam a/p Ramachandran - SJKT Pamol

Biro Kebajikan dan Sosial:

1. Zaini b Atan - SK Sungai Linau

2. Khairunnisa bt Ateman - SMK Dato Hj Hassan Yunos

3. Eswaran a/l Balakrisnan - SJKT Ladang Elaeis

4. Ainul Suraya bt Zainal - SK Seri Sedohok

5. Gan Lee Lee - SJKC Paloh

6. Karitha a/p Dorasamy - SK Ladang Tereh

Jadual Khidmat Bantu MGPM dan PKG 2013

06 April - PKG Renggam
13 April - SMK Sultan Abdul Jalil
23 Apri - SM Sains Semberong

Sunday 4 November 2012

Membangkit Keperkasaan Pusat sumber Sekolah



Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah


Monday, October 29, 2012 at 9:00 PM


Salam,
             Kewujudan Pusat sumber sekolah telah menjangkau usia lebih dari 40 tahun di persada sekolah seluruh Malaysia, pelbagai nama dan gelaran telah digunakan  dari khutubkanah, perpustakaan hingga ke pusat sumber sekolah dan bermacam-macam istilah dan panggilan yang pelbagai lagi.. Dari hanya sebuah bilik darjah yang menempatkan buku-buku cerita untuk digunakan oleh murid-murd sekolah dan dikembangkan sedikit demi sedikit hingga meliputi semua kawasan sekolah yang mempunyai pelbagai maklumat di penuhi dengan kemudahan-kemudahan terkini dan di sempurnakan dengan kemudahan digital yang pelbagai. Pusat sumber sekolah terus dilonjakkan dengan  pelbagai jawatan yang ujud sehingga ke jawatan guru cemerlang perpustakaana dan media. Sesungguhnya peranan dan fungsi telah dikembangkan ketahap yang lebih baik dan menjurus kepada pemupukan  pembentukan tabiaat membaca dan mencari maklumat yang tidak terbatas.
          Perjalanan yang semakin pantas telah menuntut perubahan yang drastik berlari bersama-sama kepekaan dan pengejaran teknologi yang kian mencabar dan berubah. Meskipun begitu ianya tidak selari dengan perubahan minda yang menuntut satu anjakan bahawa pusat sumber  sekolah telah berubah dari fungsi dan kemudahan yang terdapat dalam lingkungannya. Anggapan bahawa Pusat sumber sekolah hanya melibatkan buku-buku disebuah ruang yang terasing dan tertutup dan dikongsi oleh kumpulan kecil di sekolah masih lagi tertancap dalam pemikiran guru-guru  dan pentadbir di sekolah-sekolah. Konsep pembudayaan pusat sumber sebagai wadah pendidikan baru masih lagi jauh dari pemikiran guru-guru yang berada di sekolah. Natijahnya dikatakan pusat sumber sekolah masih lagi berada di takuk  lama.
Lebih malang lagi dengan peruntukan yang sedemikian banyak masih lagi tidak mampu menjadikan pusat sumber sekolah sebagai "Hyper Market" dan pilihan warga sekolah untuk mencari dan menggunakan perkhidmatan di pusat sumber sekolah secara optima. Seringkali pusat sekolah dikebelakangkan dalam memberikan keutamaan  untuk membangunkan sesebuah sekolah. padang yang cantik, sekolah dipenuhi dengan mural, banner - banner dan pelbagai pembangunan prasarana fizikal yang menarik diusahakan dengan cara yang amat bersungguh. Pembangunan pusat sumber sekolah dipandang sepi dan bukan keutamaan. Terkial-kial guru perpustakaan dan media untuk mencari dana membangunakan pusat sumber sekolah masing-masing. Usaha perlu digembelingkan oleh semua pihak di sekolah untuk menjadikan pembangunan pusat sumber sekolah sebagai satu keutamaan yang perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh-tangguh.
         Kesampingan semakin di rasai apabila guru perpustakaan dan media di sekolah seringkali ditukar setiap dua atau 3 kali setahun. Hal ini berlaku apabila tanggapan mengurus pusat sumber sekolah ini dianggap amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai ilmu pengurusan dari stok, kewangan , mengurus acara dan program, keceriaan dan pelbagai lagi kemahiran perlu ada dan di kuasai oleh sesaoran Guru perpustakaan dan media. Tanpa sokongan yang kuat dari pengurusan sekolah menyebabkan pembangunan pusat sumber sekolah itu tidak dilaksankan dengan sewajarnya. Meskipun sesebuah sekolah itu telah berusia lebih dari 10 tahun kewujudannya tapi malangnya ianya tidak mengambarkan kecemerlangan budaya ilmu dan kemanafaatanya tidak dapat dirasai dan diguna pakai oleh semua warga sekolah.
        Pelbagai usaha yang bersungguh perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab dan terlibat secara langsung dalam memperkasakan Guru perpustakaan dan media dan juga pusat sumber sekolah itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila peranan Guru perpustkaan dan media di sekolah telah mula goyah dan dipersoalkan.Usaha secara terang-terangan dan  publisiti perlu dilakukan untuk membuka mata dan  minda pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan di semua peringkat akan peripentingnya pusat sumber sekolah dalam dunia pendidikan. Pelbagai seminar dan juga inovasi dan kajian tindakan yang dilaksanakan di seluruh pusat sumber sekolah perlu ditonjolkan dan dimenafaatkan untuk kegunaan semua pihak disamping untuk membuktikan bahawa guru perpustakaan dan media benar-benar memainkan peranannya di sekolah.
        Sikap syok sendiri atau dalam ertikata lain memperlakukan sesuatu untuk kepuasan  dan tontonan diri sendiri perlu dihapuskan dengan memperluaskan pengetahuan semua warga pendidikan akan peranan pusat sumber sekolah telah semakin berubah lebih-lebih lagi menjelang abad ke 21. Semua pihak harus disedarkan akan kaitan dan tanggung jawab masing-masing untuk membantu membangunakan pusat sumber sekolah. usaha yang rapat dan bersama memungkinkan sesuatu pusat sumber sekolah itu dibangunkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. War-warkan kejayaan dan peranan  pusat sumber sekolah di mata dunia pendidikan. Secara tidak langsung ianya akan membantu anak-anak murid kita menggunakan  kemahiran mencari maklumat secara berfikrah dan menguasai kemahiran membaca dengan berkesan dan keupayaan menjadikan pembacaan sebagai budaya sepanjang hayat. Kewujudan sebuah persatuan atau majlis Guru perpustakaan dan media yang mantap di setiap daerah, negeri dan kebangsaan perlu difikiran untuk sama-sama mengembelingkan tenaga dan menyumbang ke arah pembangunan sesebuah pusat sumber sekolah  itu sendiri.
          Sikap saling membantu antara satu sama lain yang terhasil dari mengetahui fungsi dan peranan pusat sumber sekolah juga akan memartabatkan sesebuah pusat seumber sekolah sebagai "hyper market" .Lengkap denngan segala kemudahan dan menarik dengan pelbagai keceriaan yang  dihasilkan secara bersama . Konsep kepunyaan bersama  menyebabkan sesebuah pusat sumber sekolah itu tak sunyi dari mencipta perubahan baik dari segi fizikal,keceriaan mahupun menyediakan koleksi bahan-bahan bacaan terkini dengan kemudahan digital yang akan menambat hati warga sekolah ke pusat sumber dan menjadikan sekolah sebagai tempat pilihan  untuk mendapatkan segala bahan pembelajaran yang membantu pelajar mempertingkatkan kecemerlang pelajaran mereka. Sekalung tahniah kepada pihak pentadbiran dan gurupguru  SK Ledang Tangkak kerana telah memperaktikan kerjasama sepasukan , main peranan dan berjaya menjulang nama sekolah dipersada pendidikan negara. Contoh terbaik memperkasa pusat sumber sekolah secara bersama. Tahniah...
Kadang-kadang bila ditanya cikgu mengajar apa di sekolah? sukar juga nak beritahu saya ni guru perpustakaan dan media di sekolah... terasa rendah sekali diri kita dalam dunia pendidikan... Sabar je lah..
Ini hanya pandangan penulis yang telah berkhidmat dengan pusat sumber sekolah  selama 18 tahun . Tidak ada kena mengena dengan sebarang propaganda mahupun keuntungan peribadi.

Bersama memartabatkan dunia GPM

Ismail bin Yon
November SJM 2012