Salam,
MEMBACA MEMBINA MINDA
LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI TABIATMEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
Membaca jambatan ilmu. Demikianlah
kata pujangga Melayu yang mencerminkan reality bahawa tabiat membaca
mendatangkan seribu satu kemaslahatan terhadap pencapaian tahap intelek dan
rohaniah seseorang individu. Amalan membaca disifatkan sebagai makanan jiwa
kepada setiap orang yang mengamalkannya.
Bahkan cabaran dalam cisi keramat Wawasan 2020, yakni cabaran melahirkan
rakyat yang progresif, saintifik dan berilmu pengetahuan dapat dizahirkan dengan
melebarkan sayap budaya membaca.Seperti mana yang kita sedia maklum, pelajar
merupakan aset negara yang amat bernilai. Pelajar yang berintelek sudah pasti
akan menjulang nama Malaysia di pentas sarwajagat. Oleh itu, pelajar hari ini
memerlukan anjakan paradigma agar
menyuburkan benih membaca dalam sanubari mereka. Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar?Selaras
dengan isu yang diutarakan, pelajar sayugia mempunyai kesedaran tentang
maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengambil inisiatif
untuk memulakan amalan ini bertitik tolak daripada buku-buku teks, surat
khabar, majalah pelajar sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor.
Dalam era ledakan teknologi maklumat ini,
bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di
gerai-gerai surat khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini pelajar yang
celik komputer boleh memuat turun artikel-artikel dan cerita daripada jaringan
internet. Oleh itu, alasan bahawa sukar mencari bahan bacaanilmiah yang sesuai
tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengamalkan tabiat membaca.
Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar sememangnya memainkan peranan
yang penting dalam usahamemupuk tabiat membaca,Seperkara lagi, ibu bapa
menggalas tanggungjawab dalam memberi galakan dan dorongan kepada anak agar
mengamalkan tabiat murni membaca. Keluarga merupakan nucleus masyarakat dan ibu
bapa merupakan insane terdekat dengan pelajar. Pepatah Melayu ada mengatakan anak
ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya.
Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anakd ari peringkat akar
umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sayugia
mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan menjadi
teladan baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka. Mesejnya jelas, ibu
bapa bertanggung jawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca
Sekiranya ditinjau melalui skop yang
lebih holistik, kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha menyemai tabiat
membacadalam kalangan pelajar. Sebagai tonggak negara, dasar, kempen dan
aktivitiyang dianjurkan oleh kerajaan sayugia menjurus kepada pemupukan amalan membaca.
Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar mencontohi budaya
penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca.
Amalan membaca yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah dijadikan
ikutan pelajar Malaysia.
Malah, Kementerian Pendidikan perlu memainkan
peranan dengan menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan Rensensi Buku
yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku. Justeru, jelaslah bahawa
kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan membaca dalam kalangan
pelajar.Sementelahan itu, pihak swasta sayugia menyumbangkan dana untuk menyuburkan
benih membaca dalam diri pelajar. Ekspo buku dan pameran buku secara
besar-besaran hanya dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti “Popular
Bookstore”. Di peringkat sekolah, syarikat-syarikat swasta perlulah mempunyai
inisiatif untuk menaja surat khabar untuk bacaan para pelajar. Dengan ini,
pelajar berpeluang membeli suratkhabar pada harga yang lebih rendah seterusnya
amalan membaca dapat dipupuk. Tuntasnya, pihak swasta juga perlu menyumbangkan
tenaga untuk menyemai tabiat membaca dalam diri pelajar.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan
bahawa peranan pelajar, ibubapa, kerajaan dan pihak swasta merupakan ramuan
utama dalam resepi pemupukan tabiat membaca pelajar. Ilmu itu pelita hati.
Hanya dengan ilmu yang tinggi barulah pelapis jentera pentadbiran negara akan
memacu kecemerlangan. Dalam pemupukan tabiat membaca pelajar, semua pihak perlulah
seikat bak sirih dan serumpun bak serai menggalakkan budaya membaca demi masa
depan generasi muda.
Sumber:
April
8, 2008
Oleh Syuhada Choo Abdullah bersama
Timbalan Pengarah (Pembangunan Teknologi Pendidikan) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Dr Faridah Mohamed Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus
pelajar terbabit Program Nilam ANTARA matlamat utama
Pesta Buku Antarabangsa yang sedangberlangsung
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur,sehingga 13 April ini, ialah menggalakkan orang ramai membeli dan membaca buku. Apakah usaha Kementerian Pelajaran
untuk menggalakkan minat ini di kalangan
pelajar.Salah satu program utama galakan
membaca dilaksanakan Kementerian Pelajaran
ialah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang
diperkenalkan pada 1999. Pelaksanaan Program Nilam ini dimulakan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada 1998. Program ini
dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah di mana rekod pembacaan pelajar diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.Program ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap
di mana kita menggalakkan pelajar
membaca sebanyak mungkin buku diminati dankemudian dicatat dalam Buku Rekod Nilam.Pada tahap kedua, iaitu Tahap Rakan Pembaca, pelajar
yang banyak membaca digalakkan
mengajak atau menggalakkan rakan mereka pulauntuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai pelajar akan
terbabit dalamprogram ini.Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas
hampir 10 tahun pelaksanaannya. Berdasarkan
statistik data dikumpul setiap tahun berkaitanpelaksanaan program ini, kita dapati pembabitan pelajar semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan
84.68 peratus pelajar terbabit dalam
program ini.Namun, usaha kita tidak akan
berhenti setakat ini saja bagimembentuk
budaya membaca dalam kalangan pelajar. Kita bertekad untuk mencapai sasaran pembabitan 100 peratus pelajar
dalam Program Nilam dan seterusnya
membudayakan amalan membaca ini diluar
lingkungan persekolahan.Apakah strategi
dilakukan kementerian, khususnya BTP, untuk mencapai 100 peratus pembabitan pelajar dalam Program Nilam.
Walaupun
cita-cita untuk mencapai pembabitan 100 peratus pelajar masih belum tercapai,
usaha giat turut dijalankan rakan kita dalam rangkaian
BTP di BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagianserta Pusat
Kegiatan Guru.Kita juga mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Pelajaran
Negeri(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka program galakan membaca.
Sebagai contoh, kita melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan
lagi Program Nilam. Antaranya, aktivitiKhemah Membaca, Kem Penulis Muda, Jejak
Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku serta pameran buku yang mendapat
sokongan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).Selain itu, Jemaah
Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaanProgram Nilam ketika membuat
pemantauan ke sekolah. Secara tidak langsung, ini menunjukkan penegasan
Kementerian Pelajaran mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan
pihakpentadbir sekolah perlu memberi kerjasama serta perhatian dalammerangka, mengurus,
melaksana dan juga memantau programgalakan membaca yang dirancang Guru
Perpustakaan & Media. Trend membaca pelajar kini didapati berubah
seiring dengan perubahan teknologi. Adakah Program Nilam turut berubah mengikut
trend semasa.Ada dua perkara perlu dimaklumkan apabila kita bercakap
mengenaitrend membaca dalam kalangan pelajar. Pertama, jenis buku yangmenjadi minat mereka. Dalam kajian Pusat
Perkembangan Kurikulum,didapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar
mengenai suatuyang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.Selain daripada buku bukan fiksyen
yang berbentuk ilmiah, pelajar ebih terarah untuk membaca buku berkaitan
remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks
mudah difahami. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab
dalamurusan perolehan buku perlu mengambil kira faktor ini dalam usaha membina
koleksi di pusat sumber sekolah. Setiap tahun, kementeriana kan mengedarkan
Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah.Senarai ini adalah senarai bahan
bacaan dikemukakan penerbit serta pembekal buku dan sudah melalui proses
penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan bacaan berkualiti
bolehdibekalkan ke sekolah.Perkara
kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan pelajar ialah bentuk buku
dibaca. Saya sangat setuju bahawa trend dan minat pelajar sekarang lebih
terarah kepada suatu yang bersifat teknologi serta teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Kita melihat
ini
sebagai suatu yang positif dan Program Nilam juga sememangnya sentiasa ditambah
baik seiring kemajuan teknologi sedia ada. Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita
meminta pelajar membacasebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam
Buku Rekod Nilam. Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yangdipinjam
dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibelisendiri. Bagaimanapun
seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca
buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital,
e-book dan juga cakerapadat (CD) atau cakera video digital (DVD).Malah, mereka
juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet ntuk dibaca dan disimpan
sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku
digital untuk kita dan bolehdisimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod. Dengan
kepesatan
teknologi
yang semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiadaalasan lagi sebenarnya untuk
mengatakan tidak ada masa untuk membaca.Apakah bentuk pengiktirafan diberikan
kepada pelajar terbabit dalam Program Nilam sebagai galakan Pada peringkat
sekolah, galakan berbentuk hadiah serta
sijil adalah sebahagian pengiktirafan dan ganjarannya. Di kebanyakan sekolah,pelajar
terbabit secara aktif dalam Program Nilam diberi ganjaran serta pengiktirafan
mengikut kemampuan pihak sekolah, dan kebiasaannya diadakan sewaktu Hari
Anugerah Cemerlang.Kategori pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku dibaca
pelajar.Bagi peringkat sekolah rendah, bacaan antara 90 hingga 179
buku,kategori pengiktirafannya ialah gangsa, diikuti 180-269 (perak), 270-359
(emas) dan 360 ke atas (Nilam). Manakala bagi peringkat sekolah menengah pula,
72-143 buku (gangsa), 144-215 (perak), 216-287(emas) dan 288 ke atas
(Nilam).Seterusnya, setiap negeri mempunyai satu program Anugerah Tokoh Nilam
Peringkat Negeri di mana BTP Negeri menjadi urus setia dengankerjasama JPN
masing-masing. Pada peringkat ini, pelajar terbabitsecara aktif dalam Program
Nilam akan dinilai bukan saja dari segibilangan buku dibaca tetapi juga
kemahiran mereka menjawab soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim dilantik.
Pemenang peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Negeri dan dicalonkan
untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan. Bagaimana
pemilihan Tokoh Nilam Kebangsaan dilakukan. Calon dalam lima kategori,
iaitu Sekolah Rendah Pedalaman, SekolahRendah Luar Bandar, Sekolah Rendah
Bandar, Sekolah Menengah LuarBandar dan juga Sekolah Menengah Bandar akan
dinilai untuk pemilihan pemenang mengikut kategori masing-masing, dan Seterusnya meraih anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan
Sekolah Rendahserta Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Menengah. Kategori
Sekolah Rendah Pedalaman ialah kategori baru diperkenalkantahun ini bagi
memenuhi aspirasi strategi Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) untuk
merapatkan jurang pendidikan, di samping membuka peluang sama rata kepada
pelajar dari kawasan terbabityang mungkin agak ketinggalan dari segi kemudahan
prasarana dancapaian terhadap bahan bacaan.Dua jenis penilaian, iaitu lisan dan
bertulis, dijalankan hakim yangterdiri daripada pensyarah universiti tempatan,
institut perguruanserta pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia. Antara
elemen dinilai ialah kemahiran membaca, mencari maklumat, membuat analisis,
membuat rumusan, kebolehan berhujah, kefasihan bertutur dan kemahiran
menyelesaikan masalah.Selain lima kategori berkenaan, empat kategori baru
khusus untukpelajar pendidikan khas turut diperkenalkan tahun ini, iaitu
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Pendengaran, SRPK Penglihatan,Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Pendengaran dan SMPK Penglihatan.Bukan itu
saja, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa IndukProgram Anugerah Nilam yang
lalu, kita bersetuju untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada setiap
pemenang tahun ini. TokohNilam Kebangsaan kali ini menerima hadiah wang tunai
RM1,500 berbanding RM600 sebelumnya. Bagi setiap kategori pula, pemenang tempat
pertama menerima hadiah wang tunai RM1,000 berbanding RM500 tahun lalu, tempat
kedua RM800 berbanding RM300, dan tempat ketiga RM500 berbanding RM200. Tahun
ini, Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan sudah pun berlangsung di sebuah hotel
terkemuka di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan dihadiri Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom,sebagai tetamu kehormat. Seperti lazim,
program ini diadakan dalam tempoh terdekat dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Apakah
harapan daripada pelaksanaan Program Anugerah Nilam Kebangsaan 2008.Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang
benar-benarberketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar
lain.
Kita
ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat
rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan.Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di
mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah
pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A. Tahun
lalu, sekali lagi kita Berjaya melahirkan Tokoh Nilam Kebangsaan yang
juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang
memperoleh 20 1A dansatu 2A.Semoga dengan contoh ditunjukkan itu akan membuka
mata semuapihak, termasuk pelajar, pendidik dan ibu bapa, mengenai
peripentingnya membina tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu
budaya hidup.
MINAT
MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
Dasawarsa, pihak kerajaan sering menyeru orang
ramai terutama golongan pelajar untuk mengamalkan uswah membaca demi
kemaslahatan mereka. Isu-isu ini sering berkumandang di corong-corong radio dan
terpampang pada rubik-rubik akhbar. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
rencaman manfaat yang akan diperoleh jika semua rakyat menyahut seruan kerajaan
untuk mengamalkan tabiat membaca kerana membaca jambatan ilmu. Malangnya budaya
membaca masih tipis dalam kalangan pelajar kerana sifat hindonisme mereka.
Sebenarnya terdapat banyak langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam
kalangan pelajar.
Pincang keluarga, pincanglah masyarakat.
Salah satu usaha yang proaktif untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan
pelajar ialah peranan efektif ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa
memainkan peranan yang sangat signifikan kerana anak ibarat sehelai kain putih,
dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Ibu bapa sayogia memberi perhatian
kepada anak mereka dan bukannya sibuk bekerja semata-mata. Seperti yang
terungkap dalam peribahasa Melayu, "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya", ibu bapa harus memberi galakan kepada anak mereka untuk
mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlu
menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh istiqamah dan konsisten.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Muhamed pernah menegaskan bahawa sekolah merupakan kilang yang menghasilkan
produk model insan yang cemerlang. Namun begitu, kebanyakan sekolah pada alaf
ini hanya mementingkan kecemerlangan akademik pelajar sehingga mengabaikan
penerapan minat membaca dalam sanubari pelajar. Pihak sekolah sepatutnya
mengadakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM ) dengan membawa cendekiawan
ke perpustakaan untuk menelaah buku cerita, buku rujukan, majalah dan seumpamanya
seminggu sekali. Dengan ini, pastinya minat membaca dapat disemai ke dalam
sanubari pelajar dengan jayanya.
Genggam bara api biarlah sampai jadi
arang. Penjualan buku dengan harga yang berpatutan merupakan langkah yang bijak
untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sikap peniaga pada
harini boleh dikatakan terlalu meterialistik kerana mereka menjual
barangan dalam harga yang mahal terutamanya buku sehingga menyebabkan pelajar
kurang berminat untuk membaca buku. Kemelut ini perlu dibendung secepat mungkin
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu, amalan
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing harus disisihkan oleh setiap
peniaga untuk masa depan pelajar yang bergelar tulang belakang kepada sesebuah
negara.
Rentetan itu, penganjuran kempen membaca
juga boleh , meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Pihak berwajib
seharusnya mengadakan kempen membaca untuk menyedarkan betapa pentingnya amalan
membaca. Menerusi kempen membaca ini, para pelajar mampu membezakan antara kaca
dengan permata dan memahami banyak perkara seperti manfaat membaca,, keburukan
melepak dan sebagainya. Bangsa membaca, bangsa berjaya, pihak berwajib
sememangnya perlu menganjurkan
kempen membca ini secara drastik dan
intensif.
Tiada kusut yang tidak dapat dilerai, tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan
kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika semua lapisan masyarakat
barganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insya-Allah minat membaca dalam kalangan pelajar pastinya akan ditingkatkan
dengan jayanya. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus
menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang.
Karangan hasil tulisan;
LEE JIAN JET - (4 SAINS 1 - 2013)
SMK SERI INDAH,
SERDANG
Minat membaca makin berputik
Oleh Muhammad Nizam Abdul Ghani
DALAM tempoh 14 tahun, kadar bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia
dalam setahun bertambah daripada dua buah pada 1996 kepada lapan pada 2010.
Itulah fakta terkini mengenai budaya membaca rakyat Malaysia seperti didedahkan
Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Rodziah Othman,
baru-baru ini.
Sungguhpun kadar bahan bacaan rakyat Malaysia dalam setahun meningkat, namun
ia belum dapat menandingi rakyat di beberapa negara yang berpendapatan tinggi
seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Sesungguhnya senario peningkatan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
mutakhir ini suatu perkembangan yang positif. Kita tidak dapat menafikan bahawa
kecanggihan aplikasi teknologi maklumat seperti Internet dan BlackBerry yang
sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kontemporari membuka ruang kepada
semua orang untuk mengakses pelbagai bahan bacaan sama ada terbitan tempatan
ataupun antarabangsa.
Bahan bacaan yang terdapat di Internet misalnya boleh diperoleh dalam
pelbagai format, termasuk majalah atau akhbar atas talian, blog, buku
elektronik dan melalui enjin carian seperti Google dan Wikipedia.
Pendek kata segala-galanya tersedia di Internet dengan syarat seseorang itu haruslah
celik komputer dan celik huruf.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ini sudah mencetuskan fenomena
kebebasan dalam menuntut ilmu pengetahuan iaitu individu tanpa mengira latar
belakang sosial dan akademik boleh menikmati sebarang bahan bacaan berbanding
beberapa dekad lampau hanya golongan berada atau intelektual yang berkemampuan
memiliki buku atau bahan bacaan.
Selain itu, kehadiran pelbagai syarikat penerbitan di Malaysia meningkatkan
lagi variasi bahan bacaan. Ada di kalangan syarikat tersebut yang mengambil
inisiatif menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu karya yang laris di pasaran
antarabangsa. Hal ini menambah minat membaca di kalangan rakyat, terutama
golongan yang selesa membaca bahan berbahasa Melayu.
Situasi ini turut dirangsang oleh inisiatif beberapa kedai buku terkemuka di
Malaysia yang mengadakan secara berkala karnival buku di antaranya menawarkan
potongan harga hingga 90 peratus.
Pengalaman penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sebuah pameran buku di
ibu negara dapat melihat sendiri beberapa ulat buku tegar yang sanggup
memborong berkotak-kotak buku termasyhur jika di pasaran sebenar mahal, namun
dapat dibeli pada harga istimewa di pameran buku berkenaan.
Dalam konteks Malaysia yang sedang bergerak menjadi negara berpendapatan tinggi
menjelang 2020, maka ia memerlukan rakyat berfikiran kreatif, inovatif dan
dinamis bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
Lantaran itu, amalan membaca yang konsisten adalah penting agar seorang rakyat
Malaysia itu mampu menyumbangkan idea yang praktikal serta berfikir di luar
kotak demi kemajuan negara.
Walaupun bilangan bahan bacaan rakyat Malaysia semakin meningkat, namun kita
juga harus memberikan perhatian terhadap jenis bahan bacaan yang menjadi
kegemaran mereka supaya tidak tertumpu semata-mata kepada bahan bercorak santai
seperti majalah hiburan dan komik.
Sememangnya penerapan budaya membaca perlu disemai di setiap peringkat usia,
terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Pada masa sama budaya membaca juga
perlu ‘hidup’ dalam jiwa mahasiswa yang sedang berjuang menuntut ilmu di menara
gading.
Seorang pensyarah Jabatan Media di sebuah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) pernah mendedahkan hasil kajiannya mengenai budaya membaca di kalangan
mahasiswa di Malaysia. Berdasarkan hasil kajian tokoh akademik berkenaan,
mahasiswa di negara ini hanya membaca empat buku setahun.
Bilangan itu mungkin sudah bertambah kerana kajian dijalankan kira-kira tujuh
tahun dulu. Oleh yang demikian, tahap budaya membaca yang tinggi di kalangan
mahasiswa adalah satu keperluan memandangkan universiti awam dan swasta
‘kilang’ produk modal insan yang bakal memacu pembangunan negara pada masa
depan.
Lebih elok semangat mereka berkobar-kobar diterjemahkan dalam bentuk
keghairahan membaca bahan bersifat intelektual serta berkongsi dengan
masyarakat sekeliling ilmu pengetahuan yang terdapat dalam karya berkenaan.
Amalan sedemikian suatu perkara yang bermanfaat berbanding jika mahasiswa
mengorbankan masa dengan menyertai perhimpunan yang boleh menggugat ketenteraman
awam.
Tanggungjawab menerap budaya membaca kepada setiap individu bukanlah
semata-mata digalas oleh institusi seperti perpustakaan, sekolah dan
universiti. Majikan di sektor awam dan swasta misalnya mungkin boleh
memperuntukkan tempoh masa setengah jam dalam seminggu bagi mengadakan sesi
ulasan buku untuk membolehkan kakitangan berkongsi ilmu yang ditimba daripada
buku yang dibaca.
Hanya orang yang menghargai nilai ilmu pengetahuan sebagai kunci kekuasaan
tidak akan mengabaikan amalan membaca dalam rutin kehidupannya.
Penulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal (Kepujian) Universiti Multimedia Malaysia
Sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minatmembacamakinberputik/Article
Posted in: