Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

NILAM 2013

Peningkatan Kemahiran ICT GPM 2013

Kursus GPM Baru 2012

Lawatan Penanda Aras 2012

Tatacara NILAM 2012

Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21

Menyemarak Semangat GPM

Menyemarak Semangat GPM

VLE

AJK MGPM 2012/2013

Pengerusi : Encik Ismail b Yon

( SMK Jalan Mengkibol )

Timbalan Pengerusi : Puan Murniyati bt Zainal

( SMK Canossian Convent )

Setiausaha : Puan Noorashikin bt Mustafa

( SK Kampong Melayu )

Penolong Setiausaha : Puan Siti Sarah bt Zulkifli

( SM Sains Sembrong )

Bendahari : Encik Md.Khairi b Ahmad

( SK Bukit Paloh )

Biro Latihan : Puan Hajjah Siti Amenah bt Imam

Biro NILAM : Puan Hajjah Padilah bt Sahran

Biro Khidmat Bantu : Puan Nakiah bt Khalil

Biro Kebajikan dan Sosial : Puan Norhasdira bt Ahmad

Ahli Jawatankuasa Kecil:

Biro Latihan :

1. Rosmaliza bt Daim - SK Seri Kampung Rengam

2. B.Renuga - SJKT Ladang Simpang Renggam

3. Kerk Thieng Hwa - SJKC Tuan Poon

4. Normawati bt Jamhari - SK Paloh 2

5. Kastuna bt Md Tompang - SK Kahang

6. Jamaliah bt Subiri - STM 1

7. - SK Bandar Paloh

Biro NILAM :

1. Hayati bt Omar - SK Lelaki Bandar

2. Uma Magesuari a/p Balakrisnan - SJKT Jalan Haji Manan

3. Chan Hui Yee - SJKC Lit Terk

4. Lee Seng Soon - SJKC Chong Hwa 2

5. Junaidah bt Ismail - SKARY

6. Suhaimi b Paiman - SMK Jalan Kota

Biro Khidmat Bantu:

1. Sarathaderi a/p Jayabalan - SJKT Jalan Stesyen Paloh

2. R.Sujendran - SJKT Ladang Tun Dr Ismail

3. Lam Chin Chin - SJKC Kahang

4. Sabariah bt Hassan - SK Canossian Convent

5. Mohd Zahid b Zulkifly - SM Sains Johor

6. Maznah - SSAJ

7. Sellam a/p Ramachandran - SJKT Pamol

Biro Kebajikan dan Sosial:

1. Zaini b Atan - SK Sungai Linau

2. Khairunnisa bt Ateman - SMK Dato Hj Hassan Yunos

3. Eswaran a/l Balakrisnan - SJKT Ladang Elaeis

4. Ainul Suraya bt Zainal - SK Seri Sedohok

5. Gan Lee Lee - SJKC Paloh

6. Karitha a/p Dorasamy - SK Ladang Tereh

Jadual Khidmat Bantu MGPM dan PKG 2013

06 April - PKG Renggam
13 April - SMK Sultan Abdul Jalil
23 Apri - SM Sains Semberong

Sunday 4 November 2012

Membangkit Keperkasaan Pusat sumber Sekolah



Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah


Monday, October 29, 2012 at 9:00 PM


Salam,
             Kewujudan Pusat sumber sekolah telah menjangkau usia lebih dari 40 tahun di persada sekolah seluruh Malaysia, pelbagai nama dan gelaran telah digunakan  dari khutubkanah, perpustakaan hingga ke pusat sumber sekolah dan bermacam-macam istilah dan panggilan yang pelbagai lagi.. Dari hanya sebuah bilik darjah yang menempatkan buku-buku cerita untuk digunakan oleh murid-murd sekolah dan dikembangkan sedikit demi sedikit hingga meliputi semua kawasan sekolah yang mempunyai pelbagai maklumat di penuhi dengan kemudahan-kemudahan terkini dan di sempurnakan dengan kemudahan digital yang pelbagai. Pusat sumber sekolah terus dilonjakkan dengan  pelbagai jawatan yang ujud sehingga ke jawatan guru cemerlang perpustakaana dan media. Sesungguhnya peranan dan fungsi telah dikembangkan ketahap yang lebih baik dan menjurus kepada pemupukan  pembentukan tabiaat membaca dan mencari maklumat yang tidak terbatas.
          Perjalanan yang semakin pantas telah menuntut perubahan yang drastik berlari bersama-sama kepekaan dan pengejaran teknologi yang kian mencabar dan berubah. Meskipun begitu ianya tidak selari dengan perubahan minda yang menuntut satu anjakan bahawa pusat sumber  sekolah telah berubah dari fungsi dan kemudahan yang terdapat dalam lingkungannya. Anggapan bahawa Pusat sumber sekolah hanya melibatkan buku-buku disebuah ruang yang terasing dan tertutup dan dikongsi oleh kumpulan kecil di sekolah masih lagi tertancap dalam pemikiran guru-guru  dan pentadbir di sekolah-sekolah. Konsep pembudayaan pusat sumber sebagai wadah pendidikan baru masih lagi jauh dari pemikiran guru-guru yang berada di sekolah. Natijahnya dikatakan pusat sumber sekolah masih lagi berada di takuk  lama.
Lebih malang lagi dengan peruntukan yang sedemikian banyak masih lagi tidak mampu menjadikan pusat sumber sekolah sebagai "Hyper Market" dan pilihan warga sekolah untuk mencari dan menggunakan perkhidmatan di pusat sumber sekolah secara optima. Seringkali pusat sekolah dikebelakangkan dalam memberikan keutamaan  untuk membangunkan sesebuah sekolah. padang yang cantik, sekolah dipenuhi dengan mural, banner - banner dan pelbagai pembangunan prasarana fizikal yang menarik diusahakan dengan cara yang amat bersungguh. Pembangunan pusat sumber sekolah dipandang sepi dan bukan keutamaan. Terkial-kial guru perpustakaan dan media untuk mencari dana membangunakan pusat sumber sekolah masing-masing. Usaha perlu digembelingkan oleh semua pihak di sekolah untuk menjadikan pembangunan pusat sumber sekolah sebagai satu keutamaan yang perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh-tangguh.
         Kesampingan semakin di rasai apabila guru perpustakaan dan media di sekolah seringkali ditukar setiap dua atau 3 kali setahun. Hal ini berlaku apabila tanggapan mengurus pusat sumber sekolah ini dianggap amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai ilmu pengurusan dari stok, kewangan , mengurus acara dan program, keceriaan dan pelbagai lagi kemahiran perlu ada dan di kuasai oleh sesaoran Guru perpustakaan dan media. Tanpa sokongan yang kuat dari pengurusan sekolah menyebabkan pembangunan pusat sumber sekolah itu tidak dilaksankan dengan sewajarnya. Meskipun sesebuah sekolah itu telah berusia lebih dari 10 tahun kewujudannya tapi malangnya ianya tidak mengambarkan kecemerlangan budaya ilmu dan kemanafaatanya tidak dapat dirasai dan diguna pakai oleh semua warga sekolah.
        Pelbagai usaha yang bersungguh perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab dan terlibat secara langsung dalam memperkasakan Guru perpustakaan dan media dan juga pusat sumber sekolah itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila peranan Guru perpustkaan dan media di sekolah telah mula goyah dan dipersoalkan.Usaha secara terang-terangan dan  publisiti perlu dilakukan untuk membuka mata dan  minda pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan di semua peringkat akan peripentingnya pusat sumber sekolah dalam dunia pendidikan. Pelbagai seminar dan juga inovasi dan kajian tindakan yang dilaksanakan di seluruh pusat sumber sekolah perlu ditonjolkan dan dimenafaatkan untuk kegunaan semua pihak disamping untuk membuktikan bahawa guru perpustakaan dan media benar-benar memainkan peranannya di sekolah.
        Sikap syok sendiri atau dalam ertikata lain memperlakukan sesuatu untuk kepuasan  dan tontonan diri sendiri perlu dihapuskan dengan memperluaskan pengetahuan semua warga pendidikan akan peranan pusat sumber sekolah telah semakin berubah lebih-lebih lagi menjelang abad ke 21. Semua pihak harus disedarkan akan kaitan dan tanggung jawab masing-masing untuk membantu membangunakan pusat sumber sekolah. usaha yang rapat dan bersama memungkinkan sesuatu pusat sumber sekolah itu dibangunkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. War-warkan kejayaan dan peranan  pusat sumber sekolah di mata dunia pendidikan. Secara tidak langsung ianya akan membantu anak-anak murid kita menggunakan  kemahiran mencari maklumat secara berfikrah dan menguasai kemahiran membaca dengan berkesan dan keupayaan menjadikan pembacaan sebagai budaya sepanjang hayat. Kewujudan sebuah persatuan atau majlis Guru perpustakaan dan media yang mantap di setiap daerah, negeri dan kebangsaan perlu difikiran untuk sama-sama mengembelingkan tenaga dan menyumbang ke arah pembangunan sesebuah pusat sumber sekolah  itu sendiri.
          Sikap saling membantu antara satu sama lain yang terhasil dari mengetahui fungsi dan peranan pusat sumber sekolah juga akan memartabatkan sesebuah pusat seumber sekolah sebagai "hyper market" .Lengkap denngan segala kemudahan dan menarik dengan pelbagai keceriaan yang  dihasilkan secara bersama . Konsep kepunyaan bersama  menyebabkan sesebuah pusat sumber sekolah itu tak sunyi dari mencipta perubahan baik dari segi fizikal,keceriaan mahupun menyediakan koleksi bahan-bahan bacaan terkini dengan kemudahan digital yang akan menambat hati warga sekolah ke pusat sumber dan menjadikan sekolah sebagai tempat pilihan  untuk mendapatkan segala bahan pembelajaran yang membantu pelajar mempertingkatkan kecemerlang pelajaran mereka. Sekalung tahniah kepada pihak pentadbiran dan gurupguru  SK Ledang Tangkak kerana telah memperaktikan kerjasama sepasukan , main peranan dan berjaya menjulang nama sekolah dipersada pendidikan negara. Contoh terbaik memperkasa pusat sumber sekolah secara bersama. Tahniah...
Kadang-kadang bila ditanya cikgu mengajar apa di sekolah? sukar juga nak beritahu saya ni guru perpustakaan dan media di sekolah... terasa rendah sekali diri kita dalam dunia pendidikan... Sabar je lah..
Ini hanya pandangan penulis yang telah berkhidmat dengan pusat sumber sekolah  selama 18 tahun . Tidak ada kena mengena dengan sebarang propaganda mahupun keuntungan peribadi.

Bersama memartabatkan dunia GPM

Ismail bin Yon
November SJM 2012

Tuesday 23 October 2012

Bengkel pembestrian PSS untuk GPM baru 2012

Program :Bengkel pembestrian PSS untuk  GPM baru 2012
Tarikh : 16 - 18 Oktober 2012
Tempat: Pusat Kegiatan Guru Kluang Timur
Anjuran : PKG Daerah Kluang dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Kluang

Tajuk bengkel:
1. Asas Pengurusan PSS  penceramah
    Pn. Fadilah binti Shahran (GPM SK Perempuan Bandar)
2. Perancangan Strategik PSS
    Penceramah : En. Ismail bin Yon  ( Guru Cemerlang Media )
3. Pengenalan sistem atas talian ( En. Ahmad bin  Robi ( Peg.Tek.Pendidikan PKG Renggam)
4. Sistem Automasi PSS  ( En. Noremy bin Rasip ( Peg. Teknologi Pendidikan PKG Lelaki Bandar)
5. Pemprosesan buku PSS (Pn. Monalisa GPM SMK STAB)
6. PSS abad ke 21 (En.Ismail bin Yon Guru  Cemerlang  Media)
7. Perlaksanaan Program Literasi Maklumat ( Pn.Norasikin Bt. Mustafa GPM SK Kg.Melayu)







Wednesday 10 October 2012

Lawatan ke SK Ladang Tangkak









Program perkongsian Pintar 2012 
1 Oktober 2012
 Pusat Sumber Cemerlang SK Ledang Muar
Anjuran
Pusat Kegiatan Guru Bandar Renggam
Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang,
Majlis GPM Kluang
AJK PSS PKG Bandar Renggam

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Bainun GPM SK Ledang, Guru Besar dan semua warga Guru SK Ledang di atas anugerah Johan PSS Cemerlang Kebangsaan 2012. Sesngguhnya usaha bersama mmenjayakan visi dan misi gemilang.







Pembuggaran dan kemantapan pengurusan pusat sumber sekolah Daerah Kluang
Program Guru Perpustakaan dan Media 
sempena Pesta Buku dan Karnival Pendidikan Daerah Kluang 2012
ceramah di sampaikan oleh  En. Hisam bin Abd Wahab pegawai teknologi pendidikan  pusat kegiatan guru Kluang Timur

Monday 27 August 2012

Bengkel Pemantapan Pusat Sumber Zon Selatan









Program :Bengkel Pemantapan Pusat Sumber Zon Selatan Johor,Melaka, Negeri Sembilan
 Hotel Hang Tuah Heritage Melaka
14,15,16 dan 17 Ogos 2012

Bengkel ini, daerah Kluang telah   di wakili oleh En. Ismail bin Yon dan Pn. Norasyikin binti Mustapa yang di laksanakan  oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan Datin Che Normadiah  dan di bantu oleh Pn Fazdliaton dan Mr. Man. Para peserta di dedahkan dengan cabaran-cabaran dan kesediaan untuk membangunkan pusat sumber digital . Kemahiran membuat blog dengan menggunakan wordpress juga telah diberikan kepada semua GPM yang hadir. Terima kasih kak datin dengan gengnya.

Wednesday 16 May 2012

Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Perpustakaan dan Media & Guru Penyelaras Bestari Peringkat Kebangsaan

 Sesi perbincangan
 En.Ramli bin Ismail BTPN Johor

 Pembentangan perincian SKT GPM di hadapan KPP BTPN
 Peserta Bengkel SKT GPM dan GPB Kebangsaan 2012
 Sesi pembentangan SKT yang telah dimurnikan
 
Pembentangan SKT  GPM di hadapan KPP BTPN Seluruh Malaysia


Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Perpustakaan  dan Media  &  Guru Penyelaras Bestari Peringkat Kebangsaan
Satu "Bengkel Kerja Pemurnian SKT Guru Penyelaras Bestari & Guru Perpustakaan dan  Media  Peringkat Kebangsaan"telah diadakan di BTPN Kelantan pada 13 hingga 15 Mei 2012.Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil BTPN bagi setiap negeri dan juga wakil  GPM & GPB bagi sekolah-sekolah pilihan.       Bengkel  Kerja Pemurnian SKT ini lebih menekankan kepada sasaran kerja tahunan GPB dan GPM selaras dengan "Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005".Pemurnian yang dibuat adalah dengan memperincikan tiap tugas dan SKT yang sedia ada.Hasil bengkel ini akan bakal digunakan oleh semua GPB dan GPM seluruh Malaysia.Semoga kerja-kerja pemurnian ini akan memperolehi impak yang sangat berguna buat kita semua dalam usaha menyebarluaskan usaha ke arah pembestaran sekolah














Monday 30 April 2012

IKLAN GURU CEMERLANG 2012

JOM MOHON GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN DAN MEDIA





URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG dan PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DANENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE
 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012.


KLIK LINK INI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

KEPUTUSAN NILAM KEBANGSAAN


Sunday 22 April 2012

Contoh Inovasi Pusat Sumber Sekolah

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK.JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR.

PROGRAM PINJAMAN BERKELOMPOK MENGGUNAKAN
KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
(NILAM)




1.0  Pendahuluan

       Kedudukan pusat sumber di tingkat empat bangunan baru sedikit sebanyak memberikan masalah kepada guru-guru untuk membawa pelajar melaksankan program NILAM. Selain dari keduduannya yang jauh. Perjalanan yang mengambil masa selama  5 hingga 10 minit amat menyukarkan guru melaksanakan program NILAM ini. Kesan dari permasalahan ini menyebabkan pinjaman dan penglibatan pelajar dalam melaksanakan program NILAM amat terhad. Jesteru itu, Ahli Jawatan Kuasa PSS  telah mengambil keputusan untuk menggunakan sistem  khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan guru meminjam buku secara berkelompok utuk digunakan di dalam bilik darjah.

2.0 Rasional :
         Pengggunaan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dilihat sebagai satu cara yang berkesan dan  mampu untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang jauh dan memudah guru melaksanakan program NILAM di dalam kelas melalui pinjaman secara berkelompok. Penggunaan gadjet atau kemudahan ini membolehkan guru menerima buku yang hendak dipinjam dengan kadar segera tanpa perlu bersusah payah  pergi ke pusat sumber sekolah. Malah ianya akan menjamin pelaksanaan sistem NILAM secara aktif dan menyeluruh melibat semua guru dan pelajar dengan cara yang amat mudah .        
3.0 Objektif:
1. Menggalakkan pinjaman buku untuk program NILAM
2. Membantu guru-guru melaksanakan program NILAM di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan penglibatan guru dan murid dalam program NILAM.
4. Mengatasi  masalah guru pergi  ke pusat sumber di tingkat empat
5. Meningkatkan  penglibatan murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah.
6. Menggalakan pelajar  meningkatkan  ilmu  pengetahuan melalui pembacaan yang berterusan.
7. Menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

4.0  Tarikh :
       Perasmian majlis  2 April 2012
       Program bermula 2 April 2012 (Sepanjang tahun)


Tatacara pelaksanaan program penggunaan SMS untuk pinjaman berkelompok

1. SMS kan maklumat berikut:
1. Nama guru
2. Tingkatan
3. Tarikh diperlukan
4. Hari
5. Masa waktu mengajar
6. Bilangan pelajar
7. Mata pelajaran
SMS hendaklah dihantar selewat-lewatnya sehari sebelum program NILAM dilaksanakan. 
Buku akan dihantar ke kelas tuan/puan 10  minit sebelum Waktu pengajaran.
 Sila Hubungi :
1.        Pn.Zuraidah bte Atan
       019-7484198
2.        En. Ismail bin Yon-
0197294098
3.        Pn.Khe Su Lin-
               0127200185
4.        Pn. Siti Rohani bte Sapawi
               017-7606692
 
Tatacara Pinjaman

1.     SMS maklumat yang dikehendaki kepada nombor yang diberikan sehari sebelum pinjaman buku di buat.
2.     Guru/pembantu pusat sumber sekolah akan menerima SMS dan memasukan maklumat yang diberi ke dalam buku rekod pinjaman melalui SMS
3.     Menyediakan buku-buku pinjaman yang dikehendaki di dalam bakul yang mengandungi 40 buah judul buku.
4.     Pengawas Pusat Sumber Sekolah akan menghantar buku – buku yang dikehendaki ke kelas yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang ditetapkan.
5.      Selepas pengajaran ketua atau penolong   tingkatan akan memulangkan semula bakul  buku yang dipinjman.

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah MGPM dan PKG kali kedua Zon Bandar Kluang

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah MGPM dan PKG kali kedua Zon Bandar Kluang
Tarikh :21 April 2012
Masa: Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Sekolah : SJK Tamil  Haji Manan, Kluang.
Majlis Guru perpustakaan dan media Daerah Kluang, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru - Guru Perpustakaan dan Media dan Pegawai PKG Kluang Bandar yang terlibat menjayakan program ini. sesungguhnya usaha bersama merialisasikan kejayaan dan kecemerlangan bersama.