Program: Mesyuarat Agong Persatuan Pusat Sumber Negeri Johor
Tarikh: 31 Januari 2013
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Pengerusi Mesyuarat : Tn. Hj. Ishak bin Mahbob
KPP BTPN Johor.
Kehadiran:
1. Pegawai BTP negeri Johor
2. Pegawai Teknologi Pendidikan (PKG JOHOR)
3. Pengerusi-Pengerusi daerah Majlis Guru Perpustakaan Negeri Johor
4. wakil - wakil Guru Perpustakan negeri Johor.
Salam,
Majlis Guru Perpustakaan dan Media merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Tn. Hj. Ishak bin Mahbob dan rakan-rakan di BTP Negeri Johor di atas usaha yang bersungguh dan keupayaan untuk menghidupkan kembali Persatuan Pusat Sumber Negeri Johor. Mudah-mudahan usaha cemerlang ini akan mengangkat kembali kecemerlangan pusat sumber seluruh negeri Johor.
Alhamdulilah MGPM Negeri Johor telah berjaya dinaungkan di bawah Persatuan Pusat Sumber Negeri Johor untuk bersama-sama memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah seluruh Johor Penaungan MGPM ini adalah di harapkan ianya dapat melaksanakan aktiviti,meningkatkan peranan dan komitmen semua pihak yang terlibat untuk mengangkat martabat dan peranan pusat sumber sekolah di dalam dunia pendidikan. Apa yang penting sekurang-kurangnya kewujudan MGPM telah diiktiraf dan kita akan dapat menyumbang usaha, idea dan tenaga bersama mengerak kehadapan mencapai wawasan gemilang. Amin. Syukur Alhamdulilah.