Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi kerana di berikan kekuatan dan pertolongan untuk menyiapkan Fail Meja untuk pembantu pusat sumber sekolah. Meskipun telah lama pusat sumber sekolah saya mempunyai pembantu PSS , tetapi tidak ada sebarang rujukan khususnya Fail Meja dalam memperincikan tugas-tugas mereka di PSS. Jika dibandingkan dengan tugas-tugag pengkeranian, pembntu makmal yang masing-masing mempunyai skop kerja terarah. Ini memudahkan proses pengukuran qualiti kerja dan apa yang penting ianya dapat dijadikan panduan tugas kepada pembantu pusat sumber itu sendiri. Mudah-mudahan ianya dapat dikongsi dan dibuat penambah baikan oleh semua pihak dalam memantapkan lagi pengurusan pusat sumber sekolah masing-masing.
Rakan-rakan GPM boleh dapatkan Fail Meja Pembantu PSS di pautan bahan pengurusan pusat sumber sekolah Fail Meja Pembantu Pusat Sumber Sekolah