Membaca Gaya Wawasan

LAGU NILAM

NILAM 2013

Peningkatan Kemahiran ICT GPM 2013

Kursus GPM Baru 2012

Lawatan Penanda Aras 2012

Tatacara NILAM 2012

Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21

Menyemarak Semangat GPM

Menyemarak Semangat GPM

VLE

AJK MGPM 2012/2013

Pengerusi : Encik Ismail b Yon

( SMK Jalan Mengkibol )

Timbalan Pengerusi : Puan Murniyati bt Zainal

( SMK Canossian Convent )

Setiausaha : Puan Noorashikin bt Mustafa

( SK Kampong Melayu )

Penolong Setiausaha : Puan Siti Sarah bt Zulkifli

( SM Sains Sembrong )

Bendahari : Encik Md.Khairi b Ahmad

( SK Bukit Paloh )

Biro Latihan : Puan Hajjah Siti Amenah bt Imam

Biro NILAM : Puan Hajjah Padilah bt Sahran

Biro Khidmat Bantu : Puan Nakiah bt Khalil

Biro Kebajikan dan Sosial : Puan Norhasdira bt Ahmad

Ahli Jawatankuasa Kecil:

Biro Latihan :

1. Rosmaliza bt Daim - SK Seri Kampung Rengam

2. B.Renuga - SJKT Ladang Simpang Renggam

3. Kerk Thieng Hwa - SJKC Tuan Poon

4. Normawati bt Jamhari - SK Paloh 2

5. Kastuna bt Md Tompang - SK Kahang

6. Jamaliah bt Subiri - STM 1

7. - SK Bandar Paloh

Biro NILAM :

1. Hayati bt Omar - SK Lelaki Bandar

2. Uma Magesuari a/p Balakrisnan - SJKT Jalan Haji Manan

3. Chan Hui Yee - SJKC Lit Terk

4. Lee Seng Soon - SJKC Chong Hwa 2

5. Junaidah bt Ismail - SKARY

6. Suhaimi b Paiman - SMK Jalan Kota

Biro Khidmat Bantu:

1. Sarathaderi a/p Jayabalan - SJKT Jalan Stesyen Paloh

2. R.Sujendran - SJKT Ladang Tun Dr Ismail

3. Lam Chin Chin - SJKC Kahang

4. Sabariah bt Hassan - SK Canossian Convent

5. Mohd Zahid b Zulkifly - SM Sains Johor

6. Maznah - SSAJ

7. Sellam a/p Ramachandran - SJKT Pamol

Biro Kebajikan dan Sosial:

1. Zaini b Atan - SK Sungai Linau

2. Khairunnisa bt Ateman - SMK Dato Hj Hassan Yunos

3. Eswaran a/l Balakrisnan - SJKT Ladang Elaeis

4. Ainul Suraya bt Zainal - SK Seri Sedohok

5. Gan Lee Lee - SJKC Paloh

6. Karitha a/p Dorasamy - SK Ladang Tereh

Jadual Khidmat Bantu MGPM dan PKG 2013

06 April - PKG Renggam
13 April - SMK Sultan Abdul Jalil
23 Apri - SM Sains Semberong

Tuesday 16 April 2013

Artikel Galakan membaca


 Salam,

MEMBACA MEMBINA MINDA


LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI TABIATMEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

Membaca jambatan ilmu. Demikianlah kata pujangga Melayu yang mencerminkan reality bahawa tabiat membaca mendatangkan seribu satu kemaslahatan terhadap pencapaian tahap intelek dan rohaniah seseorang individu. Amalan membaca disifatkan sebagai makanan jiwa kepada setiap orang yang mengamalkannya. Bahkan cabaran dalam cisi keramat Wawasan 2020, yakni cabaran melahirkan rakyat yang progresif, saintifik dan berilmu pengetahuan dapat dizahirkan dengan melebarkan sayap budaya membaca.Seperti mana yang kita sedia maklum, pelajar merupakan aset negara yang amat bernilai. Pelajar yang berintelek sudah pasti akan menjulang nama Malaysia di pentas sarwajagat. Oleh itu, pelajar hari ini memerlukan anjakan paradigma agar menyuburkan benih membaca dalam sanubari mereka. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar?Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar sayugia mempunyai kesedaran tentang maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengambil inisiatif untuk memulakan amalan ini bertitik tolak daripada buku-buku teks, surat khabar, majalah pelajar sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor.

 Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di gerai-gerai surat khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini pelajar yang celik komputer boleh memuat turun artikel-artikel dan cerita daripada jaringan internet. Oleh itu, alasan bahawa sukar mencari bahan bacaanilmiah yang sesuai tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengamalkan tabiat membaca. Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usahamemupuk tabiat membaca,Seperkara lagi, ibu bapa menggalas tanggungjawab dalam memberi galakan dan dorongan kepada anak agar mengamalkan tabiat murni membaca. Keluarga merupakan nucleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insane terdekat dengan pelajar. Pepatah Melayu ada mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anakd ari peringkat akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sayugia mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan menjadi teladan baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka. Mesejnya jelas, ibu bapa bertanggung jawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca

Sekiranya ditinjau melalui skop yang lebih holistik, kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha menyemai tabiat membacadalam kalangan pelajar. Sebagai tonggak negara, dasar, kempen dan aktivitiyang dianjurkan oleh kerajaan sayugia menjurus kepada pemupukan amalan membaca. Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah dijadikan ikutan pelajar Malaysia.

 Malah, Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan Rensensi Buku yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku. Justeru, jelaslah bahawa kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan membaca dalam kalangan pelajar.Sementelahan itu, pihak swasta sayugia menyumbangkan dana untuk menyuburkan benih membaca dalam diri pelajar. Ekspo buku dan pameran buku secara besar-besaran hanya dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti “Popular Bookstore”. Di peringkat sekolah, syarikat-syarikat swasta perlulah mempunyai inisiatif untuk menaja surat khabar untuk bacaan para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang membeli suratkhabar pada harga yang lebih rendah seterusnya amalan membaca dapat dipupuk. Tuntasnya, pihak swasta juga perlu menyumbangkan tenaga untuk menyemai tabiat membaca dalam diri pelajar.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan pelajar, ibubapa, kerajaan dan pihak swasta merupakan ramuan utama dalam resepi pemupukan tabiat membaca pelajar. Ilmu itu pelita hati. Hanya dengan ilmu yang tinggi barulah pelapis jentera pentadbiran negara akan memacu kecemerlangan. Dalam pemupukan tabiat membaca pelajar, semua pihak perlulah seikat bak sirih dan serumpun bak serai menggalakkan budaya membaca demi masa depan generasi muda.

Sumber:




 April 8, 2008

Oleh Syuhada Choo Abdullah bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan Teknologi Pendidikan) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Dr Faridah Mohamed Statistik akhir menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit Program Nilam ANTARA matlamat utama Pesta Buku Antarabangsa yang sedangberlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur,sehingga 13 April ini, ialah menggalakkan orang ramai membeli dan membaca buku. Apakah usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan minat ini di kalangan pelajar.Salah satu program utama galakan membaca dilaksanakan Kementerian Pelajaran ialah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diperkenalkan pada 1999. Pelaksanaan Program Nilam ini dimulakan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada 1998. Program  ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah di mana rekod pembacaan pelajar diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.Program ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan pelajar membaca sebanyak mungkin buku diminati dankemudian dicatat dalam Buku Rekod Nilam.Pada tahap kedua, iaitu Tahap Rakan Pembaca, pelajar yang banyak membaca digalakkan mengajak atau menggalakkan rakan mereka pulauntuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai pelajar akan terbabit dalamprogram ini.Bagaimana dengan pencapaian program ini selepas hampir 10 tahun pelaksanaannya. Berdasarkan statistik data dikumpul setiap tahun berkaitanpelaksanaan program ini, kita dapati pembabitan pelajar semakin meningkat. Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini.Namun, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini saja bagimembentuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Kita bertekad untuk mencapai sasaran pembabitan 100 peratus pelajar dalam Program Nilam dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini diluar lingkungan persekolahan.Apakah strategi dilakukan kementerian, khususnya BTP, untuk mencapai 100 peratus pembabitan pelajar dalam Program Nilam.

Walaupun cita-cita untuk mencapai pembabitan 100 peratus pelajar masih belum tercapai, usaha giat turut dijalankan rakan kita dalam rangkaian BTP di BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagianserta Pusat Kegiatan Guru.Kita juga mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka program galakan membaca. Sebagai contoh, kita melaksanakan beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program Nilam. Antaranya, aktivitiKhemah Membaca, Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku serta pameran buku yang mendapat sokongan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).Selain itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaanProgram Nilam ketika membuat pemantauan ke sekolah. Secara tidak langsung, ini menunjukkan penegasan Kementerian Pelajaran mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan dan pihakpentadbir sekolah perlu memberi kerjasama serta perhatian dalammerangka, mengurus, melaksana dan juga memantau programgalakan membaca yang dirancang Guru Perpustakaan & Media. Trend membaca pelajar kini didapati berubah seiring dengan perubahan teknologi. Adakah Program Nilam turut berubah mengikut trend semasa.Ada dua perkara perlu dimaklumkan apabila kita bercakap mengenaitrend membaca dalam kalangan pelajar. Pertama, jenis buku yangmenjadi minat mereka. Dalam kajian Pusat Perkembangan Kurikulum,didapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatuyang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar ebih terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah difahami. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalamurusan perolehan buku perlu mengambil kira faktor ini dalam usaha membina koleksi di pusat sumber sekolah. Setiap tahun, kementeriana kan mengedarkan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah.Senarai ini adalah senarai bahan bacaan dikemukakan penerbit serta pembekal buku dan sudah melalui proses penilaian. Langkah ini diambil bagi memastikan hanya bahan bacaan berkualiti bolehdibekalkan ke sekolah.Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan pelajar ialah bentuk buku dibaca. Saya sangat setuju bahawa trend dan minat pelajar sekarang lebih terarah kepada suatu yang bersifat teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kita melihat

 
ini sebagai suatu yang positif dan Program Nilam juga sememangnya sentiasa ditambah baik seiring kemajuan teknologi sedia ada. Bagi pelaksanaan Program Nilam, kita meminta pelajar membacasebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod Nilam. Buku dimaksudkan ialah buku berbentuk fizikal yangdipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau dibelisendiri. Bagaimanapun seiring kepesatan teknologi, Program Nilam turut menggalakkan mereka membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari pusat sumber digital, e-book dan juga cakerapadat (CD) atau cakera video digital (DVD).Malah, mereka juga boleh memuat turun bahan bacaan dari internet ntuk dibaca dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kini sudah ada teknologi yang boleh `membacakan’ buku digital untuk kita dan bolehdisimpan dalam pemain muzik MP3 serta iPod. Dengan kepesatan
teknologi yang semakin memudahkan kita pada zaman ini, tiadaalasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca.Apakah bentuk pengiktirafan diberikan kepada pelajar terbabit dalam Program Nilam sebagai galakan Pada peringkat sekolah, galakan berbentuk hadiah serta sijil adalah sebahagian pengiktirafan dan ganjarannya. Di kebanyakan sekolah,pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam diberi ganjaran serta pengiktirafan mengikut kemampuan pihak sekolah, dan kebiasaannya diadakan sewaktu Hari Anugerah Cemerlang.Kategori pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku dibaca pelajar.Bagi peringkat sekolah rendah, bacaan antara 90 hingga 179 buku,kategori pengiktirafannya ialah gangsa, diikuti 180-269 (perak), 270-359 (emas) dan 360 ke atas (Nilam). Manakala bagi peringkat sekolah menengah pula, 72-143 buku (gangsa), 144-215 (perak), 216-287(emas) dan 288 ke atas (Nilam).Seterusnya, setiap negeri mempunyai satu program Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri di mana BTP Negeri menjadi urus setia dengankerjasama JPN masing-masing. Pada peringkat ini, pelajar terbabitsecara aktif dalam Program Nilam akan dinilai bukan saja dari segibilangan buku dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim dilantik. Pemenang peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan. Bagaimana pemilihan Tokoh Nilam Kebangsaan dilakukan. Calon dalam lima kategori, iaitu Sekolah Rendah Pedalaman, SekolahRendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah LuarBandar dan juga Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk pemilihan pemenang mengikut kategori masing-masing, dan Seterusnya meraih anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Rendahserta Tokoh Nilam Kebangsaan Sekolah Menengah. Kategori Sekolah Rendah Pedalaman ialah kategori baru diperkenalkantahun ini bagi memenuhi aspirasi strategi Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) untuk merapatkan jurang pendidikan, di samping membuka peluang sama rata kepada pelajar dari kawasan terbabityang mungkin agak ketinggalan dari segi kemudahan prasarana dancapaian terhadap bahan bacaan.Dua jenis penilaian, iaitu lisan dan bertulis, dijalankan hakim yangterdiri daripada pensyarah universiti tempatan, institut perguruanserta pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia. Antara elemen dinilai ialah kemahiran membaca, mencari maklumat, membuat analisis, membuat rumusan, kebolehan berhujah, kefasihan bertutur dan kemahiran menyelesaikan masalah.Selain lima kategori berkenaan, empat kategori baru khusus untukpelajar pendidikan khas turut diperkenalkan tahun ini, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Pendengaran, SRPK Penglihatan,Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Pendengaran dan SMPK Penglihatan.Bukan itu saja, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa IndukProgram Anugerah Nilam yang lalu, kita bersetuju untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada setiap pemenang tahun ini. TokohNilam Kebangsaan kali ini menerima hadiah wang tunai RM1,500 berbanding RM600 sebelumnya. Bagi setiap kategori pula, pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM1,000 berbanding RM500 tahun lalu, tempat kedua RM800 berbanding RM300, dan tempat ketiga RM500 berbanding RM200. Tahun ini, Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan sudah pun berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom,sebagai tetamu kehormat. Seperti lazim, program ini diadakan dalam tempoh terdekat dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Apakah harapan daripada pelaksanaan Program Anugerah Nilam Kebangsaan 2008.Saya berharap dapat melahirkan Tokoh Nilam yang benar-benarberketrampilan untuk dijadikan `role model’ kepada pelajar lain.

Kita ingin menunjukkan kepada semua pelajar bahawa adanya saling kait yang amat rapat antara budaya membaca dengan kecemerlangan pendidikan.Mungkin boleh saya imbas kembali pada 2004 di mana Tokoh Nilam Kebangsaan tahun itu, Nur Amalina Che Bakri, adalah pelajar terbaik keseluruhan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan mencapai 17 1A. Tahun lalu, sekali lagi kita Berjaya melahirkan Tokoh Nilam Kebangsaan yang juga muncul pelajar terbaik keseluruhan SPM 2007, iaitu Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dansatu 2A.Semoga dengan contoh ditunjukkan itu akan membuka mata semuapihak, termasuk pelajar, pendidik dan ibu bapa, mengenai peripentingnya membina tabiat membaca dalam diri kita serta menjadikannya satu budaya hidup.



MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
 Dasawarsa, pihak kerajaan sering menyeru orang ramai terutama golongan pelajar untuk mengamalkan uswah membaca demi kemaslahatan mereka. Isu-isu ini sering berkumandang di corong-corong radio dan terpampang pada rubik-rubik akhbar. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat rencaman manfaat yang akan diperoleh jika semua rakyat menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan tabiat membaca kerana membaca jambatan ilmu. Malangnya budaya membaca masih tipis dalam kalangan pelajar kerana sifat hindonisme mereka. Sebenarnya terdapat banyak langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

 Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Salah satu usaha yang proaktif untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar ialah peranan efektif ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan kerana anak ibarat sehelai kain putih, dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Ibu bapa sayogia memberi perhatian kepada anak mereka dan bukannya sibuk bekerja semata-mata. Seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", ibu bapa harus memberi galakan kepada anak mereka untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh istiqamah dan konsisten.

 Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhamed pernah menegaskan bahawa sekolah merupakan kilang yang menghasilkan produk model insan yang cemerlang. Namun begitu, kebanyakan sekolah pada alaf ini hanya mementingkan kecemerlangan akademik pelajar sehingga mengabaikan  penerapan minat membaca dalam sanubari pelajar. Pihak sekolah sepatutnya mengadakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM ) dengan membawa cendekiawan ke perpustakaan untuk menelaah buku cerita, buku rujukan, majalah dan seumpamanya seminggu sekali. Dengan ini, pastinya minat membaca dapat disemai ke dalam sanubari pelajar  dengan jayanya.

 Genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Penjualan buku dengan harga yang berpatutan merupakan langkah yang bijak untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sikap peniaga pada harini  boleh dikatakan terlalu meterialistik kerana mereka menjual barangan dalam harga yang mahal terutamanya buku sehingga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca buku. Kemelut ini perlu dibendung secepat mungkin kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu, amalan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing harus disisihkan oleh setiap peniaga untuk masa depan pelajar yang bergelar tulang belakang kepada sesebuah negara.

 Rentetan itu, penganjuran kempen membaca juga boleh , meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Pihak berwajib seharusnya mengadakan kempen membaca untuk menyedarkan betapa pentingnya amalan membaca. Menerusi kempen membaca ini, para pelajar mampu membezakan antara kaca dengan permata dan memahami banyak perkara seperti manfaat membaca,, keburukan melepak dan sebagainya. Bangsa membaca, bangsa berjaya, pihak berwajib sememangnya perlu menganjurkan
kempen membca ini secara drastik dan intensif.

Tiada kusut yang tidak dapat dilerai, tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika semua lapisan masyarakat barganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah minat membaca dalam kalangan pelajar pastinya akan ditingkatkan dengan jayanya. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang.

Karangan hasil tulisan;
LEE JIAN JET - (4 SAINS 1 - 2013)
SMK SERI INDAH,
SERDANG



Minat membaca makin berputik

Oleh Muhammad Nizam Abdul Ghani
DALAM tempoh 14 tahun, kadar bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam setahun bertambah daripada dua buah pada 1996 kepada lapan pada 2010. Itulah fakta terkini mengenai budaya membaca rakyat Malaysia seperti didedahkan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Rodziah Othman, baru-baru ini.
Sungguhpun kadar bahan bacaan rakyat Malaysia dalam setahun meningkat, namun ia belum dapat menandingi rakyat di beberapa negara yang berpendapatan tinggi seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Sesungguhnya senario peningkatan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia mutakhir ini suatu perkembangan yang positif. Kita tidak dapat menafikan bahawa kecanggihan aplikasi teknologi maklumat seperti Internet dan BlackBerry yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kontemporari membuka ruang kepada semua orang untuk mengakses pelbagai bahan bacaan sama ada terbitan tempatan ataupun antarabangsa.
Bahan bacaan yang terdapat di Internet misalnya boleh diperoleh dalam pelbagai format, termasuk majalah atau akhbar atas talian, blog, buku elektronik dan melalui enjin carian seperti Google dan Wikipedia.

Pendek kata segala-galanya tersedia di Internet dengan syarat seseorang itu haruslah celik komputer dan celik huruf.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ini sudah mencetuskan fenomena kebebasan dalam menuntut ilmu pengetahuan iaitu individu tanpa mengira latar belakang sosial dan akademik boleh menikmati sebarang bahan bacaan berbanding beberapa dekad lampau hanya golongan berada atau intelektual yang berkemampuan memiliki buku atau bahan bacaan.
Selain itu, kehadiran pelbagai syarikat penerbitan di Malaysia meningkatkan lagi variasi bahan bacaan. Ada di kalangan syarikat tersebut yang mengambil inisiatif menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu karya yang laris di pasaran antarabangsa. Hal ini menambah minat membaca di kalangan rakyat, terutama golongan yang selesa membaca bahan berbahasa Melayu.

Situasi ini turut dirangsang oleh inisiatif beberapa kedai buku terkemuka di Malaysia yang mengadakan secara berkala karnival buku di antaranya menawarkan potongan harga hingga 90 peratus.
Pengalaman penulis sendiri yang pernah berkunjung ke sebuah pameran buku di ibu negara dapat melihat sendiri beberapa ulat buku tegar yang sanggup memborong berkotak-kotak buku termasyhur jika di pasaran sebenar mahal, namun dapat dibeli pada harga istimewa di pameran buku berkenaan.

Dalam konteks Malaysia yang sedang bergerak menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, maka ia memerlukan rakyat berfikiran kreatif, inovatif dan dinamis bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Lantaran itu, amalan membaca yang konsisten adalah penting agar seorang rakyat Malaysia itu mampu menyumbangkan idea yang praktikal serta berfikir di luar kotak demi kemajuan negara.

Walaupun bilangan bahan bacaan rakyat Malaysia semakin meningkat, namun kita juga harus memberikan perhatian terhadap jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran mereka supaya tidak tertumpu semata-mata kepada bahan bercorak santai seperti majalah hiburan dan komik.

Sememangnya penerapan budaya membaca perlu disemai di setiap peringkat usia, terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Pada masa sama budaya membaca juga perlu ‘hidup’ dalam jiwa mahasiswa yang sedang berjuang menuntut ilmu di menara gading.

Seorang pensyarah Jabatan Media di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pernah mendedahkan hasil kajiannya mengenai budaya membaca di kalangan mahasiswa di Malaysia. Berdasarkan hasil kajian tokoh akademik berkenaan, mahasiswa di negara ini hanya membaca empat buku setahun.

Bilangan itu mungkin sudah bertambah kerana kajian dijalankan kira-kira tujuh tahun dulu. Oleh yang demikian, tahap budaya membaca yang tinggi di kalangan mahasiswa adalah satu keperluan memandangkan universiti awam dan swasta ‘kilang’ produk modal insan yang bakal memacu pembangunan negara pada masa depan.

Lebih elok semangat mereka berkobar-kobar diterjemahkan dalam bentuk keghairahan membaca bahan bersifat intelektual serta berkongsi dengan masyarakat sekeliling ilmu pengetahuan yang terdapat dalam karya berkenaan.

Amalan sedemikian suatu perkara yang bermanfaat berbanding jika mahasiswa mengorbankan masa dengan menyertai perhimpunan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Tanggungjawab menerap budaya membaca kepada setiap individu bukanlah semata-mata digalas oleh institusi seperti perpustakaan, sekolah dan universiti. Majikan di sektor awam dan swasta misalnya mungkin boleh memperuntukkan tempoh masa setengah jam dalam seminggu bagi mengadakan sesi ulasan buku untuk membolehkan kakitangan berkongsi ilmu yang ditimba daripada buku yang dibaca.

Hanya orang yang menghargai nilai ilmu pengetahuan sebagai kunci kekuasaan tidak akan mengabaikan amalan membaca dalam rutin kehidupannya.

Penulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Universiti Multimedia Malaysia
Sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minatmembacamakinberputik/Article

Sunday 14 April 2013

Program Khidmat Bantu PSS
Tempat : SMK Sultan Abdul Jalil
Tarikh : 13 April 2013
Masa: 8.00 - 2.00 petang
Penglibatan : Pegawai PKG Daerah Kluang
Ahli Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang

Salam,

Program khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 13 April 2013
bertempat di SMK Sultan Abdul Jalil Kluang. Program yang telah dirancang oleh Pusat Kegiatan Guru
Kluang Timur dengan dibantu oleh ahli ahli Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang telah
berjaya di adakan. Walau GPm dibelenggu tugas dan pelbagai komitment yang lain. MGPM Kluang merakamkan sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua SMKSAJ  Tuan Haji   Abd. Rahman kerana telah berjaya membawa tranformasi yang nyata dan hebat ke atas  pemesatan kecemerlangan SSAJ. Tahniah kepada Puan  Maznah GPM SMKSAJ  yang berjaya membawa perubahaan dalam masa yang singkat. Sesungguhnya  komitmen puan dan rakan -rakan guru pss sekolah SMKSAJ akan menwujudkan budaya kecemerlangan dengan menjadikan PSS sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan.
























Monday 1 April 2013

Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Johor

Matlamat Penubuhan
1.Menyatukan semua golongan yang berminat dalam aktiviti yang berkaitan dengan Perpustakaan Sekolah.
2.Menyelaras dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa, Agensi Awam dan  Swasta serta Persatuan-Persatuan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dengan Perpustakaan Sekolah.
3.Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, latihan, pengelolaan dan  pembangunan Perpustakaan Sekolah Negeri Johor.
4.Mewujudkan budaya membaca serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
5.Menerbit dan mengedarkan bahan bacaan dan maklumat berkaitan dengan Perpustakaan Sekolah Negeri Johor dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa tertentu terlebih dahulu

Salam,

Rakan-rakan GPM Kluang.

Persatuan Pusat Sumber Sekolah telah berjaya di aktifkan kembali pada  31 Febuari 2013 setelah penubuhnya awalnya pada 26 Mei 2005 . Jutaan terima kasih dan penghargaan di berikan kepada Tn. Hj. Ishak bin Mahbob KPP BTPNJ di atas usaha murni beliau untuk menghidupkan kembali persatuan ini. Agar ianya terus berfungsi menjana pembangunan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah seluruh Johor bersama-sama usaha kental Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Sebagai GPM kita harus sedar dan bersyukur dengan kewujudan persatuan ini dapatlah kita meneruskan usaha yang bersungguh untuk membantu rakan-rakan   GPM di sekolah  seluruh Johor melalu pelbagai program yang terancang untuk mewujudkan  sebuah pusat sumber sekolah yang menepati piawaian KPM itu sendiri.

Usaha yang murni harus kita sokong dan sambut dengan tidak berbelah bagi dengan menjadi ahli persatuan yang diwakili oleh insitusi sekolah kita. Gembelangan tenaga dan kewangan yang besar akan membantu untuk mengerakan persatuan ini dengan lebih baik dan memberikan kesan yang besar dalam perkembangan pusat sumber kita. Apatah lagi dengan kepimpinan yang penuh cakna dan bervisi akan menambahkan lagi keyakinan kita untuk terus bersama mengorak langkah membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran kita dalam mengurus pusat sumber sekolah.

Marilah kita semua rakan GPM  Kluang dan khususnya seluruh Johor  menyahut cabaran dan memainkan peranan yang bersungguh dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang  telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk menjamin peningkatan martabat pusat sumber dan GPM itu sendiri.

Berpesatuan meningkatkan Kualiti.

Ismail Yon
Kluang, johor. 
 
 

Borang Biodata ahli MGPM Kluang



MAJLIS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DAERAH KLUANG
D/A SAKETERIAT MGPM KLUANG
PUSAT KEGIATAN GURU KLUANG TIMUR
JALAN SEKOLAH 86000 KLUANG
Borang Biodata Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
NAMA

SEKOLAH

KAD PENEGENALAN

GRED

EMAIL/blog/web

NO. TEL No.Tel.Bimbit

Kepakaran


Pengalaman  GPM
                                   Bilangan tahun
Saiz baju


Perhatian kepada semua ahli Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang
Sila lengkapkan borang biodata ahli MGPM semasa taklimat  profesional MGPM Kluang . Terima Kasih.